ZLBT Chats

Thursday, August 13, 2009

NIAGA HADAPAN MSM DAN FBM KLCI DITUTUP TINGGI

NIAGA HADAPAN MSM DITUTUP TINGGI

Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM)di Bursa Malaysia Derivatif dicatatkan lebih tinggi berikutan pembelian keranapeningkatan sentimen terhadap ekonomi global, kata para peniaga. Mereka berkata kemunculan semula sikap optimis, yang datang dari stok yanglebih kukuh dan harga minyak mentah yang lebih tinggi di atas paras AS$71 setongdan permintaan yang lemah bagi mendapatkan minyak sawit mentah dari negarapengguna utama.

Semasa ditutup, niaga hadapan MSM bagi Ogos 2009, September 2009 dan Oktober2009 rugi RM5 setiap satu masing-masing RM2,495, RM2,475 dan RM2,460 manakalaNovember 2009 turun RM10 kepada RM2,442. Jumlah dagangan merosot kepada 17,914 lot daripada 23,676 lot yangdicatatkan pada Selasa manakala minat terbuka meningkat kepada 81,146 kontrakdaripada 79,671 kontrak sebelum ini. Di pasaran fizikal, Ogos Selatan mekal pada harga RM2,500 setan metrik darisemalam.

NIAGA HADAPAN FBM KLCI DITUTUP KUKUH
Dagangan hadapan Indeks Komposit KualaLumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives berakhirlebih tinggi hari ini selaras dengan prestasi kukuh pasaran ekuiti, kata peniaga.
Kontrak Ogos 2009 naik 8.0 mata kepada 1,183, manakala September 2009 dan Disember 2009 meningkat 8.5 mata, masing-masing kepada 1,181.5 dan 1,175.5. Kontrak Mac 2010 masih pada 1,169.5.

Jumlah dagangan bertambah kepada 4,775 lot daripada 5,508 lot semalam. Kontrak terbuka juga meningkat jumlahnya kepada 22,215 daripada 21,911 sebelumnya.

Dalam pasaran tunai, FBM KLCI berada 5.65 mata lebih tinggi pada 1,186.19.

No comments:

Post a Comment