
Pada waktu rehat tengah hari, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) berada pada 1,185.98, susut 0.3 mata atau 0.025 peratus setelah dibuka 0.57 mata lebih rendah pada 1,185.71 pagi tadi.
Seorang peniaga berkata penurunan itu juga sejajar dengan penyusutan pasaran-pasaran serantau berikutan kejatuhan di Wall Street semalaman. Kegiatan menjual yang berterusan di kaunter-kaunter berwajaran tinggi terpilih seperti BAT, Bursa, DiGi dan Shell, menyeret pasaran turun ke lingkungan negatif, kata peniaga itu.

Tengah hari ini, Indeks Kewangan jatuh 16.69 mata kepada 9,717.85, Indeks Perladangan naik 69.04 mata kepada 5,862.8 dan Indeks Perusahaan turun 10.37 mata kepada 2,594.12.
Indeks FBMEmas susut 9.9 mata kepada 8,038.58, FBM Top 100 turun 8.1 mata kepada 7,790.85 dan FBM ACE 70.06 mata lebih tinggi pada 4,158.32.
Saham rugi mengatasi saham untung dengan jumlah 385 berbanding 212 manakala 197 kaunter tidak berubah dan 465 masih tidak diniagakan. Saham-saham didagangkan berjumlah 548.016 juta bernilai RM758.370 juta.

Bagi saham-saham mewah, Sime Darby turun dua sen kepada RM8.29, Maybank susut lapan sen kepada RM6.69 dan Bumiputra-Commerce meningkat 14 sen kepada RM10.84.
No comments:
Post a Comment