ZLBT Chats

Monday, May 31, 2010

BURSA MALAYSIA >>> Niaga hadapan Indeks Komposit (FKLI)

FKLI Naik Bersama Kadar Asas FBM KLCI
Kontrak niaga hadapan Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini sejajar dengan pasaran tunai yang lebih kukuh, kata peniaga.

Pada penutup, Mei naik 5.0 mata kepada 1,284.0 dan Jun meningkat 9.5.mata kepada 1,288.0.
September bertambah 10.0 mata kepada 1,287.0 dan Disember 2010 meningkat 8.0 mata kepada 1,286.0.
Jumlah dagangan bagaimanapun menyusut kepada 19,955 lot daripada 28,212 lot Khamis lepas sementara minat terbuka merosot kepada 27,538 kontrak daripada 27,950 kontrak sebelum ini.
Kadar asas FBM KLCI di pasaran tunai naik 15.85 mata untuk ditutup pada 1,285.01.

No comments:

Post a Comment