ZLBT Chats

Tuesday, May 18, 2010

DERIVATIF BURSA MALAYSIA >>> NIAGA HADAPAN FBM KLCI

FKLI KETIKA DITUTUP LEMAH
Kontrak niaga hadapan Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lemah hari ini di celah-celah pasaran tunai yang kurang menggalakkan, kata para peniaga.

Dalam urus niaga yang tipis, Mei 2010 lega 0.5 mata kepada 1,330.5 dan Jun 2010 susut 1.5 mata kepada 1,330.5.
Sementara itu, bulan-bulan September 2010 dan Disember 2010 susut 1.0 mata
setiap satu kepada 1,331.0 dan 1,332.0.
Jumlah dagangan hari ini lebih rendah pada 6,170 lot berbanding 11,054 lot
pada hari Isnin.

Minat terbuka mengukuh kepada 22,970 kontrak daripada 21,835 kontrak
semalam.Di pasaran tunai, kadar asas tiga bulan FBM KLCI susut 4.1 mata kepada 1,330.17.

No comments:

Post a Comment