ZLBT Chats

Thursday, May 13, 2010

NIAGA HADAPAN Minyak Sawit Mentah DITUTUP TINGGI

Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives memperlihatkan lantunan semula yang sederhana hari ini. Pasaran yang telah jatuh kepada paras rendah menghampiri tiga minggu
semalam, telah pulih ekoran kebimbangan berhubung kekurangan bekalan, kata para peniaga.
Pasaran MSM tempatan turut mengambil petunjuk daripada kekukuhan semalaman niaga hadapan kacang soya.
"Sentimen pada umumnya positif di celah-celah eksport yang kukuh dan paras
stok yang rendah," kata seorang peniaga.
Pada penutup, kedua-dua kontrak Mei 2010 dan Jun 2010, masing-masing
meningkat RM3 kepada RM2,546 setonne dan RM2,521 setonne.
Kontrak Julai 2010 menokok RM2 kepada RM2,507 setonne dan Ogos 2010 naik
RM6 kepada RM2,499 setonne.
Jumlah dagangan keseluruhan tipis dengan sejumlah 6,747 lot berbanding
10,402 lot semalam. Minat terbuka menambah kepada 67,208 kontrak daripada
66,506 kontrak.
Di pasaran fizikal, Selatan Mei lebih tinggi kepada RM2,560 setonne daripada
RM2,540 setonne semalam.

No comments:

Post a Comment