Kontrak hadapan Indeks Komposit FBM Kuala Lumpur (KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup sesi dagangan pagi hari ini rendah sedikit, sejajar dengan pasaran tunai yang lesu, kata para peniaga.
Sehingga rehat tengah hari, Julai 2009 turun 1.5 mata kepada 1,056.0, Ogos 2009 merosot 2.0 mata kepada 1,052.0, manakala September 2009 dan Disember 2009 turun 1.0 mata setiap satu masing-masing kepada 1,048.5 dan 1,038.0.
Jumlah dagangan dicatatkan 2,268 lot manakala minat terbuka dicatatkan 19,209 kontrak.
Di pasaran tunai, Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) turun 5.36 mata kepada 1,060.11 sehingga jam 12.30 tengah hari.

No comments:
Post a Comment