Kontrak hadapan Indeks Komposit KualaLumpur (KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi hari ini walaupun pasaran tunai mencatatkan trend bercampur-campur, kata para peniaga. Sehingga jam 5.00 petang, Julai 2009 meningkat 15 mata kepada 1,083 manakalaSeptember 2009 dan Disember 2009 menokok 18.5 mata setiap satu masing-masingkepada 1,075.5 dan 1,065.
Jumlah dagangan merosot kepada 8,664 lot daripada 13,474 lot yang dicatatkansemalam manakala minat terbuka merosot kepada 17,187 kontrak daripada 28,139kontrak sebelum ini.

Di pasaran tunai, KLCI meningkat 4.16 mata untuk ditutup kepada 1,079.4.
No comments:
Post a Comment