ZLBT Chats

Thursday, July 9, 2009

MET BNS KSE BURSA-TUTUP/I HARGA SAHAM DITUTUP TINGGI, DIRANGSANG

Harga-harga saham di Bursa Malaysiaditutup tinggi sedikit hari ini, dirangsang oleh belian minit-minit terakhir dikaunter berkaitan indeks, tetapi kebanyakan saham perladangan masih kekal dalam"kawasan negatif". Pada akhir hari urus niaga, Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur
(FBM KLCI) meningkat 0.21 mata kepada 1,065.68 berbanding penutup semalamselepas dibuka satu mata lebih rendah pada 1,064.47.
DI Wall Street, Indeks Perindustrian Dow Jones menokok 0.18 peratus untukditutup pada 8,178.41 sementara S&P 500 turun 0.17 peratus kepada 879.56.
Kaunter perladangan di Bursa Malaysia ialah antara yang terjejas terukekoran kerugian ketara dalam harga-harga komoditi, kata seorang peniaga. Sektor komoditi terjejas oleh kebimbangan yang berterusan terhadap tinjauanekonomi global yang menyaksikan para peniaga tidak memasuki pasaran.

Hargaminyak sawit mentah telah menjunam 28 peratus daripada paras kemuncaknya RM2,789setonne pada 13 Mei kepada sekitar RM2,000 pada masa ini dan dijangka akan terusberhadapan dengan tekanan menurun.
Indeks Perladangan merosot 46.37 mata kepada 5,235.45 dengan saham sepertiBatu Kawan susut 15 sen kepada RM8.45, Astral Asia turun 12.5 senkepada 95.5 sen dan KL Kepong melorot 10 sen kepada RM11.70. Indeks Perindustrian menambah 4.99 mata kepada 2,374.58, Indeks Kewangannaik 42.55 mata kepada 8,573.82 dan Indeks FBMEmas lebih tinggi 16.66 matakepada 7,179.55.
Indeks FBM Top 100 melonjak 6.79 mata kepada 6,987.32, Indeks FBM70 mengukuh 28.30 mata kepada 6,987.32, Indeks FBMMesdaq lebih tinggi 2.79 mata kepada3,880.84 dan Indeks FBM2BRD meningkat 31.33 mata kepada 4,703.17.
Saham-saham untung mengatasi saham rugi dengan 349 berbalas 201 sementara214 kaunter tidak berubah, 468 tidak diniagakan dan 36 yang lain digantung urusniaga. Jumlah dagangan mengembang kepada 697.589 juta saham bernilai RM1.146 biliondaripada 672.184 juta saham bernilai RM1.169 bilion pada Rabu.

No comments:

Post a Comment