ZLBT Chats

Tuesday, July 7, 2009

KSE BURSA-TENGAHARI/I HARGA SAHAM DITUTUP BERCAMPUR-CAMPUR

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Harga saham di Bursa Malaysia ditutupsesi dagangan pagi bercampur-campur di mana lebih separuh kaunter masih belumdiniagakan, apabila sentimen keseluruhan pasaran kekal lembap, kata seorangpeniaga. Sehingga rehat tengah hari, Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur(FBM KLCI) turun 1.65 mata kepada 1,064.18 selepas dibuka tidak berubah padaparas 1,065.83. "Malah, kenaikan yang marginal tidak turut lupus apabila pasaran ketiadaanpetunjuk," kata peniaga itu. Beliau juga berkata pasaran dijangka kekal lesu hari ini. Indeks Perladangan turun 1.47 mata kepada 5,334.84, Indeks Perusahaanmeningkat 0.24 mata kepada 2,366.77, Indeks Kewangan merosot 9.12 mata kepada8,513.83 dan Indeks FBMEmas meningkat 1.17 mata kepada 7,158.3. FBM Top 100 turun 1.89 mata kepada 6,973.7, FBM70 menokok 33.38 mata kepada7,044.69, Indeks FBMMesdaq turun 29.03 mata kepada 3,897.72 dan Indeks FBM2BRDturun 2.51 mata kepada 4,674.19.

Dalam dagangan yang lesu, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak231 kepada 156 manakala 196 kaunter tidak berubah, 646 tidak diniaga dan 34 yanglain digantung.
Jumlah dagangan dicatatkan 282.823 juta saham bernilai RM292.445 juta. Saham UMW Holdings turun 15 sen kepada RM5.85 selepas pengumuman bahawakontrak RM602.78 jutanya, Naga 2, dari PCPP Operating Company Sdn Bhd trlah ditamatkan. PCCP dimiliki 40 peratus oleh Petronas Carigali Sdn Bhd. Antara kaunter aktif, Talam Corp-RCPS meningkat 0.5 sen kepada 7.5 sen, KNMGroup meningkat 1.0 sen kepada 76 sen, Dreamgate Corp naik 1.5 sen kepada 18.5sen dan Talam Corp melonjak 0.5 sen kepada 9.0 sen. Di kalangan saham berwajaran tinggi, Sime Darby, Maybank, Tenaga Nasional,IOI Corp dan MISC tidakm berubah masong-masing pada harga RM7.20, RM5.65,RM7.70, RM4.66 dan RM8.55.

No comments:

Post a Comment