ZLBT Chats

Friday, April 16, 2010

Kontrak Hadapan Minyak Sawit Mentah (MSM)

KONTRAK HADAPAN MSM (FCPO) DITUTUP LEBIH TINGGI
Kontrak hadapan Minyak Sawit Mentah (MSM) di Bursa Derivatif Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini sebelum cuti hujung minggu, selepas empat hari mengalami kerugian, kata para peniaga.

Mereka berkata pasaran dicatatkan agak lengang apabila para peserta pasaran menunggu petunjuk baharu. Salah seorang daripada para peniaga itu berkata beliau menjangka harga sokongan pada paras RM2,500 setan metrik manakala halangan segera antara paras RM2,550 dan RM2,560 setan metrik pada minggu depan.

Pada akhir dagangan hari ini, April 2010 yang tamat tempoh semalam kekal pada harga RM2,586 setan metrik. Mei 2010 menokok RM9 kepada RM2,540 setan metrik manakala Jun 2010 dan Julai 2010 meningkat RM8 setiap satu masing-masing kepada RM2,528 dan RM2,518 setan metrik.
Kontrak baharu Ogos 2010 dicatatkan RM2,512 setan metrik. Jumlah dagangan merosot kepada 10,372 lot daripada 11,542 lot semalam manakala minat terbuka merosot kepada 71,486 kontrak daripada 72,358 kontrak sebelum ini.

Di pasaran fizikal, April Selatan meningkat RM10 untuk ditutup kepada RM2,560 setan metrik.

No comments:

Post a Comment