ZLBT Chats

Thursday, April 15, 2010

BURSA MALAYSIA >>> Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah

Harga-harga niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Malaysia Derivatives Exchange ditutup rendah hari ini kerana kekurangan petunjuk "Setakat ini, tiada berita penting yang boleh menolak naik atau turun pasaran. Urus niaga hari ini seperti biasa," kata beliau.

Pada akhir sesi urus niaga hari ini, harga bagi kontrak April 2010 kekal pada RM2,580 setonne, Mei 2010 turun RM10 kepada RM2,540 setonne, Jun 2010 lega RM3 kepada RM2,528 setonne dan Julai 2010 lebih rendah RM7 kepada
RM2,518 setonne.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 10,596 lot daripada 11,203 lot semalam sementara minat terbuka susut kepada 71,576 kontrak daripada 74,101 kontrak
sebelumnya.

Di pasaran fizikal, Selatan April merosot RM20 kepada RM2,560 setonne.

No comments:

Post a Comment