ZLBT Chats

Friday, April 16, 2010

Kontrak hadapan Indeks FBM KLCI

Kontrak hadapan Indeks Komposit FTSE
Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup
lebih rendah pada Jumaat berikutan aktiviti pengambilan untung dan pasaran
serantau yang lebih lembap, kata para peniaga.

Semasa ditutup, April 2010 turun 5.0 mata kepada 1,336.0, Mei 2010 turun
5.5 mata kepada 1,335.5, Jun 2010 turun 6.0 mata kepada 1335.0 dan Sept 2010
merosot 8.5 mata kepada 1,335.5.

Jumlah dagangan turun kepada 4,813 lot daripada 5,071 lot pada Khamis
manakala minat terbuka melonjak kepada 20,550 kontrak daripada 20,069 kontrak semalam.
FBM KLCI ditutup turun 6.06 mata kepada 1,332.77.

No comments:

Post a Comment