ZLBT Chats

Saturday, November 7, 2009

HARGA HADAPAN MINYAK SAWIT MENTAH DITUTUP RENDAH 06 Nov 2009

Harga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini berikutan impak stok minyak sawit yang tinggi, kata para peniaga. Pasaran turut dipengaruhi oleh trend rendah di pasaran semerta, kata mereka.

Mereka berkata dagangan dilakukan tidak menentu dan para pelabur menjual sebelum bercuti hujung minggu. Salah seorang daripada peniaga itu berkata wujud juga pembelian spekulatif oleh pengurus dana.

Pasaran bimbang mengenai tinjauan bagi industri itu dan menunggu hala tuju dari Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang dijadual mengumumkan data pengeluaran dan eksport awal minggu hadapan, kata para peniaga itu.

Semasa dagangan ditutup, kontrak November 2009 turun RM15 untuk ditutup kepada RM2,169 setan metrik dan Disember 2009 turun RM6 kepada RM2,215 setan metrik.

Januari 2010 turun RM1 untuk ditutup kepada RM2,246 setan metrik manakala Februari 2010 tidak berubah pada harga RM2,268 setan metrik.
Perolehan hari ini merosot kepada 9,137 lot daripada 17,110 lot yang dicatat semalam manakala minat terbuka merosot kepada 93,667 kontrak daripada 94,529 kontrak semalam.
Di pasaran fizikal, Disember Selatan turun kepada RM2,210 setan metrik daripada RM2,180 setan metrik semalam.

No comments:

Post a Comment