
Kontrak asas bulan Mac meningkat RM30 dan mengakhiri dagangan pada RM3,393 setan metrik.
Seorang peniaga berkata sentimen pasaran terus teguh meskipun dengan pengumuman data-data eksport yang bercampur-campur dan kebimbangan kemungkinan banjir di negeri di utara Semenanjung mengehadkan bekalan minyak sawit.
Firma penyelidikan kargo Societe Generale de Surveillance melaporkan bahawa
eksport produk minyak sawit Malaysia bagi 1-10 Nov bertambah satu peratus kepada 386,762 tan metrik daripada 382,828 tan metrik yang dieksport bagi tempoh 1-10 Okt.

sama bulan lepas.
Seorang peniaga lain berkata pasaran MSM akan menyaksikan sedikit pembetulan esok berikutan laporan Lembaga Minyak Sawit Malaysia yang mengatakan simpanan minyak sawit meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh sembilan bulan pada Oktober.

Jumlah dagangan bertambah kepada 29,471 lot daripada 19,963 lot semalam manakala komitmen terbuka susut kepada 72,844 kontrak daripada 72,951 kontrak sebelumnya.
Dalam pasaran tunai, November Selatan melonjak RM40 kepada RM3,400 setan metrik daripada RM3,360 setan metrik semalam.
No comments:
Post a Comment