

Para peniaga berkata kebimbangan berterusan para pedagang terhadap krisis hutang zon Euro merupakan pertimbangan pada sentimen pasaran kerana perdagangan minyak sawit Malaysia bergantung kepada minyak mentah dan senario pasaran global.
MPOB melaporkan bahawa eksport minyak sawit meningkat 5.96 peratus kepada 1.362 juta tan metrik pada Mei manakala eksport isirong sawit meningkat 28.11 peratus kepada 112,472 tan metrik.

Jumlah dagangan turun kepada 8,641 lot berbanding dengan 25,459 lot semalam manakala minat terbuka meningkat kepada 76,929 kontrak daripada 73,231 kontrak pada Rabu.
Di pasaran fizikal, Jun Selatan tidak berubah pada harga RM2,535 setan metrik.
No comments:
Post a Comment