
Beliau berkata, terdapat aliran meningkat kukuh dalam harga minyak makanan khususnya minyak sawit yang ketika ini diniagakan sekitar RM2,500 di Bursa Malaysia Derivatives (BMD). Minyak sawit menokok enam peratus pada Julai, selepas susut dua bulan berturut-turut sebelum ini.
“MSM di BMD akan diniagakan hampir RM3,000 dan kemudian berkemungkinan menokok melepasi harga sasaran itu bergantung kepada faktor pengeluaran dan ekonomi dunia,” katanya dalam satu ucapan di Brazil.

Ia disusuli corak cuaca La Nina yang juga boleh memberikan kesan negatif kepada pengeluaran kerana ia membawa lebih banyak hujan dan menghentikan tuaian buah sawit di kawasan tertentu.
Peladang bimbang hujan lebat menyukarkan kerja pengangkutan minyak sawit ke kilang dan pelabuhan.
“Saya berpegang kepada ramalan pengeluaran MSM Malaysia pada 2010 iaitu pada 17.2 juta tan. Pengeluaran MSM Indonesia juga mengecewakan dan saya rasa perlu mengurangkan ramalan pertumbuhan kepada 500,000 (daripada satu juta tan),” katanya.
No comments:
Post a Comment