ZLBT Chats

Wednesday, July 21, 2010

Laporan Pasaran Hiaga Hadapan Minyak Sawit Mentah

MINYAK SAWIT MENTAH (MSM) DITUTUP TINGGI
Pasaran niaga hadapan minyak sawit mentah ditutup tinggi hari ini mendapat rangsangan daripada kekukuhan harga minyak soya dan minyak mentah. Belian menampung kekurangan oleh peniaga juga membantu meningkatkan sentimen pasaran. Minyak mentah berada pada hampir paras tertinggi dalam tempoh tiga minggu pada US$75 setong yang membawa kepada sentimen positif bagi minyak sawit mentah yang kelihatan sebagai pilihan lebih baik bagi sumber biodiesel.
Di pasaran niaga hadapan, Ogos naik RM19 kepada RM2,522 setonne, Sept meningkat RM32 kepada RM2,483, Oktober menambah RM33 kepada RM2,457 manakalaNovember menokok RM32 kepada RM2,452 setonne.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 16,473 lot, daripada 17,134 lot semalam manakala kepentingan terbuka naik kepada 68,667 kontrak daripada 67,704 kontrak sebelumnya. Di pasaran fizikal, Selatan Julai meningkat RM20 untuk ditutup kepadaRM2,530 setonne.

No comments:

Post a Comment